Wednesday, November 16, 2011

"kawan, kau harus pandang ke hadapan."

salam

sumber

setiap manusia pernah lalui masa yang sukar. cuma tafsiran 'kesukaran hidup' itu berlainan bagi setiap manusia. faham? oke. mungkin ada yang tak faham. baiklah, aku bagi contoh serba sedikit kesukaran hidup aku.

Putus Cinta
aku seorang gadis biasa. ya sangat biasa. waktu yang paling sukar pernah aku lalui sewaktu aku putus cinta. ada sesetengah kelompok manusia fikir putus cinta itu perkara biasa. tapi tidak bagi aku. dan disebabkan putus cinta aku memang betul-betul ke laut. aku lemas. dan aku harap waktu dia akan selamatkan aku. tapi tidak. aku yang selamatkan diri aku sendiri dengan bantuan teman sekeliling.

sumber
itu waktu sukar aku. sangat sukar. sebab waktu itu aku masih mengharap rasa sayang itu masih ada dan aku akan dapat peluang kedua. sebab aku percaya setiap manusia harus diberi peluang untuk membetulkan kesilapan. tapi malangnya, aku tak dapat. bukan tak usaha tapi mungkin tiada jodoh. aku nangis. tapi apabila kawan aku asyik cakap "Dear, lelaki ramai lagi kat atas dunia ni. kau layak dapat yang lebih better daripada dia," aku senyap dan senyum walaupun hati masih menangis. dia pergi tinggalkan memori. dan kalau aku terus hidup dalam memori itu ,aku tak akan nampak apa yang berada di depan mata. masa itu agak sukar sebab aku mengambil masa yang agak lama untuk pulih semula untuk jadi seperti sedia kala.

Repeat Paper
aku seorang pelajar dan aku pernah kantoi paper. masa aku ambil diploma aku kantoi dua paper sem satu . dua oke. dua paper! masa aku dapat tahu aku kantoi paper aku relax je. sedih itu memanglah ada. tapi tidak la melampau macam aku putus cinta.nangis? sikit pun tak. tapi ada sesetengah kelompok manusia yang kantoi paper pun dia nangis. tapi tidak bagi aku. aku kena marah dengan ayah. tapi aku pekakkan telinga. emak pesan " gagal sekali bukan bermaknanya gagal selamanya." ya itu yang aku pegang sampai sekarang. dan kantoi paper bukan masa sukar bagi aku. tapi mungkin masa sukar bagi orang lain.

aku belajar lagi sekali paper yang sama dengan junior. semangat membara.highly motivated. jadi buat aku semangat nak belajar benda yang sama. pointer aku masa aku tahu aku kantoi paper sangat teruk 2.50+- itu pointer sem satu aku . mak cik aku cakap pointer menuju ke kubur. tapi bagi aku benda sudah jadi. terima sahaja. dan bila aku dapat result untuk sem dua aku dapat 3.30+-. nampak? mungkin itu tak seberapa. aku  ni tidaklahpandai sangat sampai nak dapat dekan every sem kan. tapi aku tahu aku boleh buat. cuma mungkin aku malas. 

aku tahu ada yang pandang rendah orang yang repeat paper. ya aku tahu. dan aku pernah mengalami situasi itu. but still, bukan situasi yang sukar bagi aku. aku tahu ada yang fikir budak repeaters ni budak bodoh dan malas sebab tu repeat paper. aku ada kawan yang macam itu. eh bukan kawan. kenalan biasa saja. dia siap cakap aku akan extend sem lagi. betapa rendahnya dia pandang aku time tu. dan bila dia tahu result pointer aku, dia terkejut. dan dia rasa tercabar. and aku dapat atasi dia every sem. aku graduated dengan satu bintang dan dia tiada bintang. bukan aku berlagak dan pandang rendah kat dia. bagi aku kalau aku pandang rendah kebolehan seseorang, orang akan pandang lebih rendah lagi kelebihan aku. i believe in karma.

Sumber

point utama aku tentang masa sukar ini bukan la aku nak tunjuk aku ni bagus sangat. tapi aku mahu tunjuk walau sesukar mana pun masa yang kau lalui, kau harus terus kan hidup. Move on and get your life. kau harus keluar dari masa sukar kau walaupun kau harus merangkak. jangan hidup dalam kenangan. cukup sekadar imbas kembali apa yang telah kau lalui sebelum ni. 

Ditinggalkan kekasih? percaya pada jodoh. don't be in rush to be in any relationship if you're not ready. dan percaya pada diri sendiri kau layak dapat yang lebih baik. berterima kasih kepada bekas kekasih kau sebab dia ajar kau erti sebenar segala elemen dalam perhubungan antara dua jantina yang berlainan. dari situ kau mampu memberikan yang terbaik untuk bakal teman hidup kau. kau akan jadi lebih matang dalam perhubungan. 

gagal dalam kehidupan sehari-hari? gagal dalam perniagaan? gagal dalam pelajaran? hey, percaya akan kebolehan diri sendiri. kau mampu bangun untuk hari esok. insya-Allah. berusaha bersungguh-sungguh untuk penuhi impian. kau gagal sebelum ini mungkin kau tak usaha kau belum lagi memadai untuk dapatkan apa yang ingin kan. hidup bukan untuk goyang kaki. Usaha tangga kejayaan. dan jika kau tidak gagal kau tidak akan belajar dari kegagalan kau. kau takkan tahu mana silap kau.

sumber
mereka yang berjaya dan bahagia pada hari ini pernah gagal suatu masa dahulu. mereka pernah jatuh. mereka pernah sakit. kejayaan tidak datang bergolek jika tiada usaha. :) dan ingat gagal sekali bukan gagal selamanya. kau layak dapat peluang kedua.

ingat
 ALLAH tidak akan bantu hamba-NYA jika hamba-NYA sendiri tidak bantu diri sendiri untuk ubah nasib dirinya.
Yang benar
AZREEN AMRAN.

4 comments:

J.Syazwana said...

hoyeah. dia dah up entry berunsur motivasi lah. hik hik. pape pon I pernah jugak putus cinta and repeat paper. well bagus jugak rasa benda camtuh at least kite pernah jugak melalui pengalaman yang orang lain mungkin tak pernah rasa kan :P

Azreen Amran said...

ya.. bagus. dan higly motivated utk teruskan hidup pada masa akan datang.

:)

NZ Diaz said...

ni yang buat aku makin kagum dengan kau. haha

keep it up :)

Aku Si Pujangga said...

chill n rilek.. haha.