salam
Manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menetukan.
Dia cuma manusia biasa yang hanya mahu menikmati hidupnya dengan rasa gembira. mahu dihabiskan hari-harinya dengan insan tersayang bagai tiada hari untuk esok. baginya " today is a gift. and do cherish it." kata-kata itu dipegang untuk dia menikmati rasa gembira.
tapi dia tidak lupa yang langit itu bukan selalu cerahnya ada. mendung tetap juga berarak menutup cerahnya matahari menyinari hari-hari. cuma dia yakin untuk mengharungi awan mendung yang menutup harinya. gerimis yang menyimbah bumi pun dia mampu bertahan. tapi apabila kilat sabung menyabung muncul dia jadi takut. takut untuk mengharungi kilat itu.
Dia lupa membawa payung atau baju hujan. Dia berlari mencari tempat teduh. dia duduk di satu sudut sambil menggigil kesejukan. Dia hanya mampu menangis.menahan rasa takut di hati. dan waktu itu dia berharap agar ada manusia lain datang membawa payung. membantunya mengharungi hujan lebat dan kilat itu. jika tiada dia harus menunggu hujan lebat itu berhenti menyimbah bumi.
namun, hujan itu mungkin lama. jadi dia harus buat sesuatu. dia harus pulang ke rumah. ada sesuatu menunggunya di rumah. lantas dia berdiri. berdiri teguh. menahan diri dari kesejukan. lantas dia terus berlari menuju rumahnya. fikirnya tidak mengapa jika dia bersusah dahulu. kerana dia percaya kesenangan akan datang kemudian hari. hari cerah akan muncul kembali. Dia tahu matahari akan menemaninya. ya dia percaya itu. lantas dia tersenyum.
Notes : tidak kira gerimis atau lebat ia tetap matahari tetap akan muncul. begitu juga dugaan hidup yang kalian terima. bersabar. Insya-Allah matahari akan muncul jika kalian bersabar.kadang-kadang ia muncul bersama pelangi. Amin.
p/s : mood aku sedang tidak berapa best. jadi entry aku juga macam hampeh juga. :'(
Yang Benar,
AZREEN AMRAN
3 si cantik lagi kacak:
aku rasa kelakar yang ni. hahaha
selalu hepy ni dah kenapa?
gaduh ke?
Eawah ewah..bersandiwara kamoo..
Post a Comment