Tuesday, December 20, 2011

Selfish Strategy

salam

DON'T TAKE PEOPLE FOR GRANTED. NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED EVENTUALLY.
Selfish.

Si 'Penjual Ikan'

Semua orang tahu selfish itu apa. secara amnya selfish membawa maksud pentingkan diri sendiri. dan semua orang tahu juga betapa hodohnya sikap selfish itu. SANGAT HODOH. dan aku tahu selfish juga mampu membawa kebaikan. tetapi hanya untuk diri sendiri sahaja kebaikan itu. bukan untuk orang lain. ya aku juga sedia maklum setiap manusia ada rasa selfish nya walaupun tak banyak tapi ada juga. oh please don't deny it. aku mengaku aku juga perasaan sebegitu rupa.

Selfish sebenarnya hanya sesuai digunakan untuk individual assignment. kerja yang kau perlu buat seorang diri itu layaklah kalau kau guna selfish strategy kau itu. tapi kalau kau dah buat kerja berkumpulan kau tolonglah buang kau punya sikap pentingkan diri sendiri itu.bukan apa, nama pun KERJA BERKUMPULAN yang kau nak pentingkan diri sangat itu kenapa? bukannya kau dapat markah lebih pun kan. markah juga berdasarkan kumpulan. kau sibuk suruh kawan-kawan kau effort lebih tapi kau asalkan siap part kau, kau tak kacau part orang lain. haih, menggila betul selfish kau ini. 

Rasa selfish kau itu tak payah la nak tempiaskan kat orang lain. orang menyampah sangat. tolong professional. kau dah besar kot. bukan tak boleh guna selfish kau tu. tapi tengok tempat lah kawan. kawan kau yang tengah 'down' minta padangan kau , kau lagi bagi komen yang langsung tak membina. Budak itu makin teruk situasinya. Kau juga mahu semua benda ikut telunjuk kau. kata mahu asah leadership skill. tapi kau nak motivate orang pun tak pandai. Biasanya orang yang selfish ni juga memang tak boleh tengok orang lain lebih tinggi dari dia. sebab itu dia selalu bagi komen yang macam hampeh kat orang. tebal sangatlah kau punya sikap pentingkan diri ini.

dan sejujurnya aku rasa kalau kau motivate orang, orang itu mampu terjun dari tingkat 12 sebab makin jiwa kacau dengar pendapat kau yang memang 100% pentingkan diri sendiri itu. Biasanya punya orang jadi selfish sebab dia fikir diri dia itu yang paling bagus. HAHA. Bila kau tengah susah kau minta tolong kawan-kawan kau. tapi bila kau senang kau lupa mereka. Bila kau seorang-seorang baru kau terhegeh-hegeh cari orang lain yang nak kawan dengan kau. kesian.

orang yang dulu kau pandang sebelah mata sekarang kau baru nak belajar dengan dia tentang itu dan ini. kau tinggalkan kawan kau yang mengharapkan kau kongsi ilmu dengan mereka. makin berganda rasa kesian. Kau takut hilang kawan. tapi bila kawan kau selalu tolong kau, kau even tak ucap terima kasih pun. bila kau senang kau lari dekat orang lain. Seronok betul jadi kau. Dan kau harus beruntung mereka selalu ada time kau susah. tapi kau lupa diri. seronok sangat hidup dengan rasa bangga diri kau. :)

Huh. Dah habis aku pulun ayat. Rasa macam dah lama sangat aku tak menaip kat sini. oh banyak gila kerja dan stress sering melanda. tapi nasib baiklah aku ini jenis boleh buat kerja dalam keadaan kiri kanan atas bawah yang penuh tekanan. so i am proud to be myself kejap. mood bangga. Hati juga tengah risau sebenarnya. hujan berterusan. berhentinya hanya seketika. Disebabkan Segamat punya rekod banjir yang agak teruk awal tahun lepas membuatkan students kat area Segamat dilanda kerisauan. Ada sebahagian tempat di Segamat sudah pun dilanda banjir. :'( berharap agar semuanya ok. Amin

P/S I miss You.

With Love,
AZREEN AMRAN

credit : Best Quotes

1 si cantik lagi kacak:

J.Syazwana said...

jangan stress2 tahu.
hihihi