Friday, January 20, 2012

Kau Tak Akan Pernah Tahu Sehingga Kau Merasainya.

salam

Gambar sesaja letak sebab dia comel.
(Sumber)
Hari ini mendung. dan hujan.perkara yang terlintas di fikiran ialah tidak lain dan tidak bukan 'tidur'. jadi tidur aku dihiasi dengan bunyi alam semula jadi iaitu guruh berdentam dentum, katak sibuk panggil hujan dan juga hujan mencurah turun ke bumi. Nampak tak betapa lenanya kita tidur hanya ditemani bunyi-bunyi daripada alam semula jadi berbanding ditemani lagu-lagu yang entah apa-apa. Ciptaan Allah itu sememangnya indah kan.
Situasi 1
Aku : Eh Tot, awak makan ikan keli?
Tot: (senyum) Nope?
Aku : Kenapa?
Tot : Saya takut nak makan ikan tu. Sebab biasanya ikan itu kat longkang je.
Aku : .....

Situasi 2
Aku : Ikan keli la siot.
B : Ape you ni. you tahu tak itu ikan tu ikan longkang?
Aku : ....

Situasi 3
Aku : C, you makan ikan keli.
C : Tak.
Aku : Why?
C : Sebab ikan keli tak hensem.
Aku : (buat muka)

Situasi 4:
Aku : Ikan keli!
Emak : Eeeeeeuuuwww..
Aku : Sedap lah.
Emak : Euuuuwwww..

Dialog-dialog di atas merupakan dialog antara aku dan manusia yang tidak suka makan ikan keli. oh ruginya mereka. Aku dulu pun bukan penggemar ikan keli. I will say no to ikan keli. obviously say 'No!'. kenapa dulu aku tidak makan ikan keli :

  • influenced mainly by Emak
emak merupakan faktor utama kenapa aku tidak makan ikan keli. emak tak makan ikan keli sebab dia tahu ikan itu datang dari mana. dan emak juga sudah muak dengan ikan keli. emak tak suka keli sebab lendir ikan keli. jadi dia geli. hoish. ada la lagi ayat-ayat emak aku cuba menjauhkan aku dengan ikan keli.


  • Bentuk ikan keli itu sendiri
Kita sedia maklum bentuk ikan keli itu macam mana kan. muncung yang 'ala-ala gitu' (sebut dalam nada  gedik) membuatkan aku tak makan ikan keli pada mulanya. well said muka ikan keli itu memang menakutkan aku. dan menjuruskan aku untuk berfikir bahawa isi ikan keli mungkin tidak sesedap isi ikan lain. 


  • faktor kepelbagaian lauk lain boleh dipilih.
Itu benar. Masa belajar kat KL dulu aku duduk hostel. So makanan yang dijual di tepi-tepi jalan confirm ada ikan keli. berani jamin. Disebabkan banyak lagi lauk pauk lain selain keli jadi aku pilih la lauk yang lain-lain itu. selalunya ayam la yang jadi sasaran aku. dan aku memang tidak akan menjadikan keli sebagai lauk lunch aku and plus aku rasa ikan itu tak sedap. :)

Sumber

Jadi itulah antara faktor yang menyumbangkan aku untuk tidak memilih ikan keli. sehinggalah aku melanjutkan kat pelajaran aku kat UiTM Segamat. Ya Segamat. kawasan kampung yang sekarang sedang membangun dengan adanya mall baru and kerja-kerja naik taraf jalan kampung untuk menjadi higway Tangkak- Segamat. 

And as a degree level student aku memegang status NR (non Resident). So kos hidup itu memang confirm tinggilah kalau nak dibandingkan dengan student yang duduk dalam kampus. Well tinggi la juga kan walaupun Segamat itu bukan bandar besar macam JB or KL atau mana-mana bandar besar lah.

dan sejak itu juga lah aku menjinak-jinakkan diri dengan lauk ikan keli yang orang cakap ikan longkang la, muka buruk la kotor and whatsoever. I tasted it. hey, it doesn't taste bad at all! sumpah tak. dan aku rasa not bad rasanya. isi lembut gila! dan sejak itulah ikan keli menjadi menu wajib aku selain daripada ayam goreng. Disebabkan aku kurang berminat dengan lauk berkuah, ikan keli goreng berlada dan juga ayam goreng merupakan menu wajib aku. 

Moreover, lauk ikan keli juga lebih murah berbanding dengan lauk yang lain. Tersangat murah. Dan biasanya kalau aku makan jarang lebih rm5 untuk menu lunch aku. Murah kan. berbaloi-baloi. haha. Dan hari ini juga merupakan first time dalam sejarah rumah aku, emak masak ikan keli goreng berempah. Marvelous gila!. Itu pun setelah aku paksa ayah beli ikan keli. 3 lawan 1 for sure lah 1 kalah beb. kan. 

Makan makan juga. dan ikan keli mempunyai khasiatnya tersendiri. antaranya:

  • mengandungi protein yang tinggi.
  • juga kaya dengan omega - 3 yang jauh lebih tinggi daripada ikan-ikan laut. dan omega-3 ini memberi banyak faedah pada manusia.
    • mengurangkan risiko sakit jantung
    • meningkatkan sistem peredaran darah dalam badan
    • meningkatkan sistem penglihatan
    • mengurangkan peratusan bengkak pada sendi
    • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.
haaa nampak tak khasiat keli yang orang selalu panggil ikan buruk dan kotor ini. Sebab itu orang kata 'Never Judge a book only by its cover.' Dah la murah,sedap and plus banyak khasiat pulak tu. fiuh. tak rugi aku makan. hehe. Aku pun nasihat korang pergila makan ikan keli sebelum terlambat. Haha.


p/s : Rindu :)

Yang benar,
Azreen Amran



12 si cantik lagi kacak:

Huda Diaz said...

never judge a fish by it's face.

dah lama tak makan ikan keli dengan sambal kering. rindu

Azreen Amran said...

Huda Diaz : Sedap gila dowh! haish. yummy!

~Nana BamBam~ said...

ikan keli buat asam pedas berempah sodap woo..perghhh terliur plak.. :P

Azreen Amran said...

~Nana BamBam~ : haha. pergilah masak. :p

fiza nurani said...

Dulu memang aku tak suka, sbb kulit dia licin. Pastu bila aku join membe makan kat cafe, ada satu tray ikan goreng tu nampak mcm sedapp. Aku try laaa. Pastu aku tanya membe "ni ikan apa wei''. Rupanya ikan keli. Sedapppp. Dan dari situ aku memang fevret ikan keli goreng.

Azreen Amran said...

fiza nurani : Sedap sangat kan sampai bole jadi fevret. :)

Alfi Kasran said...

orang yang tak makan ikan keli memang akan cakap ikan longkang T.T

eh study UiTM segamat rupanya.saya duduk jementah hehe

Azreen Amran said...

Alfi Kasran : dorang belum rasa. haha.

Saya duduk area dekat dengan Bandar. Jementah tu jauh. :P

FaFa Remina said...

azreen , ikan keli dtg dr mna eh ??

Azreen Amran said...

FaFa Remina : biasanya ikan keli orang jumpa kat lombong. but nowadays, dah ada orang ternak ikan keli. dan mojoriti orang yang jual ikan keli akan beli daripada penternak. :)

Lily Suhaili said...

Hahaha saya ada jugak kawan yg tak makan ikan keli ..
Tp i likeeee.. tambah2 yg masak sambal.. nyum2 :DD

J.Syazwana said...

dulu i pon tak suke ikan keli. lepas rasa baru suke. sedap lahh. memang rigu sape yang tak rasa. kekeke