Tuesday, January 31, 2012

Sebelum Kau Tuding Jari ke Arah Orang Lain, Pastikan Tangan Kau Bersih.

salam
Hari ini hujan. Dan mata aku terus menjeling katil. tampak empuk.

Beberapa bulan lepas aku terbaca status salah seorang lecturer aku yang haruslah aku rahsiakan nama dia siapa. Aku tak ingat statusnya tentang apa. Oh ya tentang pemain bola sepak Malaysia. Lecturer aku nak add tapi orang tu dah banyak sangat friend request jadi dia tak boleh add. Lecturer aku ini jenis sempoi gila. Dia tak pernah marah orang walaupun sekali. Kelas dia paling seronok. tak stress kecuali time ada test. 

Aku suka baca status dia sebab status dia hampir 100% humor belaka. biasalah kalau orang naik status komennya ada juga yang menyimpang. dan kadang-kadang langsung tak ada kena mengena status yang dia naik tu. Macam tu juga dengan status pasal pemain bola sepak Malaysia itu. komen dia semua tiada kena mengenakan topic.

Para tukang komen ni pula majoriti para pelajar lecturer aku. ada antara komen yang sempat aku baca 
Subjek saya dapat C+. Sir la ni tak nak bagi markah lebih.
haa lebih kurang macam itu lah. Lecturer aku balas juga. tapi ayat dia itu aku dapat rasakan dia macam berkecil hati dan agak marah. antara komennya yang aku ingat
Student fail salahkan lecturer. Student tak datang kelas salahkan lecturer, student tak buat kerja salahkan lecturer, Student tak perfom tests and quizes salahkan lecturer. Student tak faham salahkan lecturer.
Lebih kurang macam itulah komen lecturer aku. aku terkejut. panjang juga komennya. Tak lama lepas tu aku tengok komen tu dah tak ada. sudah di delete.

Memang wujud orang yang macam ini. malahan terlampau banyak bilangannya. aku cuma nak cakap orang macam ini sebenarnya dia tak dapat terima hakikat dengan apa yang dia terima dalam hidup. macam tak bersyukur dengan apa yang dia dapat. Aku tahu ada antara korang yang macam ini juga. "Macam ini" tu, macam mana?

"Macam ini" yang aku maksudkan itu ialah sibuk salahkan orang padahal diri sendiri yang punca kesalahan. benda ini memang selalu terjadi. dan punca ialah rasa ego tak mahu mengaku salah sendiri. aku faham, people make mistakes. so do I. Tapi kalau semua mistake kau itu kau nak tuding jari kat orang memang langsung tak boleh blah.
SUMBER

Sebagai contoh kes kat atas ni. aku rasa dia macam tak boleh terima yang dia hanya cuma dapat C+. Oh aku rasa budak yang komen tu budak diploma. Kau yang tak jawab betul-betul lepas tu kau nak salahkan lecturer pula kau dapat result macam itu ?bersyukurlah kalau itu yang kau dapat. dah cukup beruntung lecturer tu lepaskan kau untuk paper tu. kalau tak, lagi kau nak menghadap paper itu untuk kali kedua. Haih. Aku tak cakap aku baik kat sini tapi aku satu benda sahaja kalau aku dapat result  macam ini
"ini yang aku usaha ini sahaja lah aku mampu dapat."
Kalau kau study ala kadar je jangan haraplah kau nak dapat result gempak kan .Aku cuma nak tegaskan Setakat mana usaha kau setakat itu jugalah kau layak dapat imbuhannya. kau tak payah lah nak berangan kau usaha sikit tapi kau nak pulangannya banyak. kalau kau nak result kau gempak. cara kau study pun harus lah ditahap yang terbaik.

dan bila pula dah dapat result bila result teruk kau salahkan lecturer. tapi bila result kau gempak ada kau ucap terima kasih dekat lecturer kau tu? mungkin ada ya ada yang tak. siapa yang ucap terima kasih tu memang terbaik. tapi siapa yang tak ucap itu namanya tak sedar diri.

SUMBER
Tambahan pula kalau kau tuding jari kau tak dapat apa-apa. tapi kau akan jadi lebih ego sebab kau fikir kau betul. padahal hakikatnya kau salah. haih. aku cakap ini pun untuk diri aku sendiri juga dan juga untuk kau. cuma ingat kau tuding jari tu kau takkan dapat selesaikan apa. dan mungkin akan melibat benda yang lebih buruk lagi. lepas itu tak jadi apa. lagi kesian.


dan sekian sahaja.

Yang benar,
Azreen Amran

15 si cantik lagi kacak:

aNereO UsitHe said...

hmmmm....kne stdy smart...not hard only... :) than u will get the best result... wish u awayzzz gud luck ;)

mira maisara said...

orang semua nak perfect..tapi usaha die?

syafiqakarim said...

selalu tgk org mcm tu.suka menyalah.diri xnak perbetul.
hissss...

muhasabah sama sama

Azreen Amran said...

aNereO UsitHe : terima kasih :)

Azreen Amran said...

mira maisara : itulah. nak result gempak. tp usaha ciput je. =='

Azreen Amran said...

syafiqakarim : haa. kan.xnampak kesalahan diri tu yang susah. =='

Yatie Musa said...

trueeee.

alaaa. cite pasal result. takot.. =(

Azreen Amran said...

Yatie Musa : Haha. Kan.. takut juga ni.. tawakal saja la. :)

tynamuffy said...

yes u are right :)

Cik Lia Lomi said...

sebenarnya apa yang terjadi dan berlaku pada diri kita adalah tanggungjawab kita bukan orang lain..kan???

My Bloggie ! said...

macam kenal je lecturer tu . hehe kalau tak silap la. its normal. its also happen to me. bile pikir pikir balik. tak gune nak salahkan lecturer jugak. dia dah laksanakan tanggungjawab dia. so. kita kena la laksanakan tanggungjawab kita dengan baik kan :)

Azreen Amran said...

tynamuffy: terima kasih :)

Azreen Amran said...

Cik Lia Lomi : haaa betul tu. xguna salahkan orang lain. :)

Azreen Amran said...

My Bloggie ! : Isma, haha, shhhh. nnt dia marah. btw, betullah tu. kita terima sahaja dgn ati terbuka .:)

✖wani ✖☻music ♫lovers☻ツ said...

gmbar atas tu mcm kat lost world pule..hehe out of topic sudaa ^___^