Saturday, January 21, 2012

There Were the Moment We'll always Remember. Always. :)

salam
(SUMBER)


Cukup seminggu aku duduk di rumah selepas berhempas pulas bermain dengan buku-buku dari yang nipis hingga yang paling tebal. menghabiskan dakwat pen di atas kertas. dan menghafal segala benda yang ada dalam text books. bukan tiada hint yang diberi tapi aku mengajar diri aku untuk tidak terlalu bergantung kepada hint. bahaya sangat.

Semua orang pernah mengalami zaman kanak-kanak yang orang sibuk kata masalah paling susah pada waktu itu  ialah memilih perasa aiskrim. Tapi masa zaman kanak-kanak, aku jarang makan aiskrim. seingat aku, aku tidak pernah memilih perasa aiskrim selain coklat. tetapi masalah paling susah waktu itu ialah nak mintak ayah beli pensil warna, crayon, magic pen. senang cerita susah nak minta la stationery baru. iyelah zaman aku dulu mana la ada duit sendiri nak beli benda-benda tu semua. semua kena refer kat ayah dulu. 

Mungkin kita berada disituasi yang sama. atau mengalami perkara yang sama. tidak pun bermain permainan yang sama. aku ini anak bekas tentera . jadi sedia maklumlah aku asyik bertukar sekolah saja. zaman tadika aku bermula di Kem Oya Sibu nun jauh di sana. then Stay JB for awhile. lepas tu moved ke Perlis. seterusnya ke Kem Sungai Besi dan akhir sekali JB semula. seronok aku pindah sekolah. 

aku masih ingat lagi beberapa benda yang aku rasa agak poyo bila aku ingat balik tapi seronok.

  • berangan nak jadi Power Rangers

(SUMBER)

Cerita Power Ranger memberi impak yang sangat besar masa umur aku lebih kurang aku 6-7 tahun. Cuma aku tak ingat Power Rangers yang mana satu. Oh dan juga aku sangat follow cerita Jetman. ala-ala Power Rangers juga cuma versi Jepun kalau tak silaplah. aku suka main kejar-kejar. permainan wajib bagi budak-budak. kawasan rumah aku ramai budak lelaki. jadi aku agak kasar sikit. kadang-kadang aku marah sebab asyik aku je kena kejar orang. Haha. benda macam itu pun mahu marah.LOL. 

bila aku marah aku akan menyorok kat belakang rumah dan konon-konon pandang jam kat tangan padahal takde jam pon dan bercakap dengan jam yang ala-ala lutsinar tu serta berdoa pada Tuhan supaya jadikan aku Power Rangers Pink waktu itu. Dan dan waktu itu juga aku macam dapat strength untuk kejar semua malaun-malaun poyo itu. hasilnya aku mampu angkat batu bata yang dah pecah dan mengunakan sekuat tenaga untuk mencampak batu bata itu kat budak-budak lelaki yang sibuk nak buli aku. mereka takut kot. HAHA. hebatkan aku. :)
  • Ada banyak tape Doraemon
(SUMBER)

Doraemon juga merupakan kartun yang wajib aku tengok. aku sangat suka Doraemon. Dulu ade video recorder. ala yang guna tape besar-besar tu. Tape die lebih kurang macam kaset atau dipanggil pita video. haa macam tu lah kot. mak aku akan beli pita video kosong dan akan rakam cerita doraemon itu. sudah tentulah banyak pita video doraemon aku ada. Mak aku pun jenis suka rakam cerita hindustan. Jadi selalu lah juga beli pita video kosong banyak-banyak.

Ada masa-masanya waktu petang aku tidak keluar bermain dengan kawan-kawan aku. jadi sudah tentulah aku menghabiskan masa tengok cerita doraemon yang emak aku dah rakam tu. lepas tu saja nak buka suara tv tu kuat-kuat. biar budak-budak itu dengar. nanti dorang mula sibuk tanya 'eh kau tengok cerita apa tu? Doraemon eh?' aku pun dengan bangga dan belagaknya jawab 'YA!' Saja nak jeleskan dorang. Tapi aku ni baik. aku ajak dorang juga tengok sama-sama. masing-masing masuk rumah aku ala-ala sopan gitu. ceh padahal budak lelaki terjal kot masing-masing.
  • Surat Cinta
(SUMBER)

Aku tahu ramai antara korang buat benda ini time sekolah. Aku start berbalas surat cinta ini masa aku sekolah kat KL dulu. paling tepat masa aku bersekolah agama kat sana. aku berkawan rapat dengan Siti. siti tu budak sekolah lain. tapi kat sekolah agama dia satu kelas dengan aku. Siti ini minat dengan seorang mamat ni, Mr M. Tapi mamat ni minat kat aku. haha. cinta 3 segi la kononnya kan. aku pun boleh dikirakan suka juga la Mr M ni. semua surat cinta yang dia bagi aku letak dalam kotak khas. fiuh romatikkan aku. haha.

Mr M tu tua setahun dari aku. kelas dia pula atas kelas aku. budak pandai la kot. entah macam mana satu hari itu siti cakap dengan aku yang Mr M ni bagi dia surat. Siti bagi aku baca. time itu aku rasanya macam poyo gila. Damn. mamat ni pasang dua la. butthurt. macam hampeh gila .hadoiyh! last surat aku dapat terus aku tak reply. sebab rasa macam kena tipu. time tu baru aku 11 tahun. tengok. aku baru 11 tahun dah ade experience cinta 3 segi tau. korang ada? :)
  • main tikam
(SUMBER)

ya aku tahu main tikam-tikam ni macam judi. tapi taip kecik-kecik mana fikir apa kan. duit yang perlu dikeluarkan hanya 20 sen walaupun time tu nilai 20 sebenarnya sangat besar bagi aku. Kedai yang jual tikam tu dekat je ngan sekolah agama aku. Jadi before sampai sekolah agama itu singgah la kedai itu kejap. tikam dulu kan pakai koyak-koyak kertas. kalau kena dia tulis la berapa ringgit kau dapat. tapi kalau tak dapat dia cuma cakap 'Thank You.' Kat keliling kedai tu pun bersepah gila dengan kad-kad tikam tu. Untung aku rasa tuan punya kedai itu.

Paling banyak aku pernah dapat RM3. perghhh cuba korang bayangkan RM3 tu besar bhai. 3 kali ganda dengan duit belanja aku waktu tu. Yelah dah dapat duit tu kan jadi tamak haloba la. aku beli lagi kad tikam tu. guna semua duit hasil RM3 tu. penyudahnya satu pun tak kena. takde 'Ong' langsung orang kata. membazir. on that time aku terus stop. dan itu last aku main tikam.

  • Rounders
(SUMBER)

Disebabkan aku anak tentera jadi rumah aku rumah quaters kerajaan je. memang ramai kawan lah. aku masih ingat aku dulu duduk kat Jalan Selangor, Kem Sungai Besi. dekat je dengan SKPTD. aku ni masa kecik-kecik dulu aktif la juga bergaul dengan budak-budak situ. permainan yang paling famous ialah rounders. hampir tiap-tiap petang kitorang main. budak-budak yang kitorang tak kenal akan duduk keliling kitorang dan hanya tengok je kitorang main.

Maksudnya budak yang memang bukan group kitorang, kitorang akan buat dono je. belagak sebab kawasan tu punya kitorang. dan sikit demi sikit kitorang terima ahli kumpulan baru. sehingga la aku pindah ke JB. Oh ya kitorang juga main galah panjang, konda kondi dan juga bola beracun. bola beracun paling seronok aku rasa. sebab bola itu akan dicelup dengan air longkang dulu baru kitorang baling kat musuh. oh tak lupa juga main susun selipar. Aku rasa macam seronok je semua permainan ni. Rugi betul budak zaman sekarang cuma tahu main angry bird je. hahah ;p


(SUMBER)
aku rasa itu je kot yang memori yang zaman kanak-kanak yang paling kuat melekat dalam ingatan aku. Seronok. Sumpah aku rindu gila zaman ni. untung betul kalau waktu itu mampu diberhentikan dan juga diputarkan ke masa yang lalu. :) korang ada cerita best time zaman kanak-kanak dulu? mestilah ada kan. :)

P/S Ketot nak pergi Terengganu malam ini. Risaunya.

Yang Benar
Azreen Amran

10 si cantik lagi kacak:

misluvcoklat said...

doraemon , my fav till now . heheh ^^,

misyamissyou said...

mmg rindu zaman kanak2 huhuu

Azreen Amran said...

misluvcoklat : taw xpe. :)

Azreen Amran said...

misyamissyou : Kan? seronok!

grosir busana muslim said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Azreen Amran said...

grosir busana muslim : terima kasih :)

iema ツ said...

kita serupa .. dulu pun berangan nak jadi power rangers , tapi yang warna kuning .. haha ..siyes zaman kanak kanak la paling best :)

Azreen Amran said...

iema ツ : tiada yang paling best selain zaman kanak-kanak :)

Alfi Kasran said...

kalaulah boleh jadi kanak-kanak balik.masalah paling berat pun bila ayah tak bagi beli somrthing.hehe

Azreen Amran said...

Alfi Kasran : haha. yelah. duit xde kat tangan kan. :)