Tuesday, January 31, 2012

Sebelum Kau Tuding Jari ke Arah Orang Lain, Pastikan Tangan Kau Bersih.

salam
Hari ini hujan. Dan mata aku terus menjeling katil. tampak empuk.

Beberapa bulan lepas aku terbaca status salah seorang lecturer aku yang haruslah aku rahsiakan nama dia siapa. Aku tak ingat statusnya tentang apa. Oh ya tentang pemain bola sepak Malaysia. Lecturer aku nak add tapi orang tu dah banyak sangat friend request jadi dia tak boleh add. Lecturer aku ini jenis sempoi gila. Dia tak pernah marah orang walaupun sekali. Kelas dia paling seronok. tak stress kecuali time ada test. 

Aku suka baca status dia sebab status dia hampir 100% humor belaka. biasalah kalau orang naik status komennya ada juga yang menyimpang. dan kadang-kadang langsung tak ada kena mengena status yang dia naik tu. Macam tu juga dengan status pasal pemain bola sepak Malaysia itu. komen dia semua tiada kena mengenakan topic.

Para tukang komen ni pula majoriti para pelajar lecturer aku. ada antara komen yang sempat aku baca 
Subjek saya dapat C+. Sir la ni tak nak bagi markah lebih.
haa lebih kurang macam itu lah. Lecturer aku balas juga. tapi ayat dia itu aku dapat rasakan dia macam berkecil hati dan agak marah. antara komennya yang aku ingat
Student fail salahkan lecturer. Student tak datang kelas salahkan lecturer, student tak buat kerja salahkan lecturer, Student tak perfom tests and quizes salahkan lecturer. Student tak faham salahkan lecturer.
Lebih kurang macam itulah komen lecturer aku. aku terkejut. panjang juga komennya. Tak lama lepas tu aku tengok komen tu dah tak ada. sudah di delete.

Memang wujud orang yang macam ini. malahan terlampau banyak bilangannya. aku cuma nak cakap orang macam ini sebenarnya dia tak dapat terima hakikat dengan apa yang dia terima dalam hidup. macam tak bersyukur dengan apa yang dia dapat. Aku tahu ada antara korang yang macam ini juga. "Macam ini" tu, macam mana?

"Macam ini" yang aku maksudkan itu ialah sibuk salahkan orang padahal diri sendiri yang punca kesalahan. benda ini memang selalu terjadi. dan punca ialah rasa ego tak mahu mengaku salah sendiri. aku faham, people make mistakes. so do I. Tapi kalau semua mistake kau itu kau nak tuding jari kat orang memang langsung tak boleh blah.
SUMBER

Sebagai contoh kes kat atas ni. aku rasa dia macam tak boleh terima yang dia hanya cuma dapat C+. Oh aku rasa budak yang komen tu budak diploma. Kau yang tak jawab betul-betul lepas tu kau nak salahkan lecturer pula kau dapat result macam itu ?bersyukurlah kalau itu yang kau dapat. dah cukup beruntung lecturer tu lepaskan kau untuk paper tu. kalau tak, lagi kau nak menghadap paper itu untuk kali kedua. Haih. Aku tak cakap aku baik kat sini tapi aku satu benda sahaja kalau aku dapat result  macam ini
"ini yang aku usaha ini sahaja lah aku mampu dapat."
Kalau kau study ala kadar je jangan haraplah kau nak dapat result gempak kan .Aku cuma nak tegaskan Setakat mana usaha kau setakat itu jugalah kau layak dapat imbuhannya. kau tak payah lah nak berangan kau usaha sikit tapi kau nak pulangannya banyak. kalau kau nak result kau gempak. cara kau study pun harus lah ditahap yang terbaik.

dan bila pula dah dapat result bila result teruk kau salahkan lecturer. tapi bila result kau gempak ada kau ucap terima kasih dekat lecturer kau tu? mungkin ada ya ada yang tak. siapa yang ucap terima kasih tu memang terbaik. tapi siapa yang tak ucap itu namanya tak sedar diri.

SUMBER
Tambahan pula kalau kau tuding jari kau tak dapat apa-apa. tapi kau akan jadi lebih ego sebab kau fikir kau betul. padahal hakikatnya kau salah. haih. aku cakap ini pun untuk diri aku sendiri juga dan juga untuk kau. cuma ingat kau tuding jari tu kau takkan dapat selesaikan apa. dan mungkin akan melibat benda yang lebih buruk lagi. lepas itu tak jadi apa. lagi kesian.


dan sekian sahaja.

Yang benar,
Azreen Amran

Saturday, January 28, 2012

" Pesbuk aku, aku punya suka! "

salam

Hari ni mendung. rasa calm je. 

FACEBOOK.
Aku tahu majoriti ada Facebook. orang kata siapa yang tiada Facebook itu kuno. but not for me. aku rasa siapa yang tiada Facebook itu sangat cool. aku sure sangat hidup orang sangat aman without Facebook.  Facebook aku down hari ni. aku rasa dia stress dengan aku sebab asyik update status je. haha. ok tak kelakar.

hari ni aku nak cerita tentang perihal di facebook. aku rasa mesti ramai yang terasa dengan entry aku kali ini. termasuklah diri aku sendiri. So aku minta maaf. dan aku juga tahu ramai orang mengamalkan sikap "facebook aku, suka hati aku lah nak buat apa." sumpah itu merupakan ayat yang paling annoying gila yang pernah aku jumpa. tapi tolong lah admit yang kadang-kadang tak semua apa yang kita buat itu orang suka.

MEDIUM PERGADUHAN


(SUMBER)
Facebook memang langsung bukan medium yang baik untuk melepaskan kemarahan. perkara itu mampu membawa pergaduhan. nanti mula la orang tu tanya orang ni tanya. kalau ada yang terasa itu mula la makan hati.nanti mulalah ada yang asyik naik status  memerli je. kalau yang matang tu memang la akan senyap. tapi yang tak matang tu memang konfem balas balek lah. benda boleh bincang. kau tak perlu nak beritahu kat dunia yang kau gaduh dengan kawan kau. padahal hal kecil cuma. sebenarnya orang tak peduli pun kau nak gaduh dengan siapa. mereka cuma nak nak ambil tahu dengan siapa kau bergaduh dan kenapa. itu saja.

DESPERATE
(SUMBER)
Aku suka baca status orang. tapi i will say no to status nak cari pasal dan juga status manusia desperate. Status tu juga tak perlu la kau nak desperate sangat nak ada pasangan kan. relax sudah. memanjang nak naik status yang orang tengok pun menyampah. orang nak like tu memang tak ada lah. mana taknya. antara status yang selalu aku jumpa "sunyi tiada orang nak teman' , "siapa nak teman saya tgk tv " , " bosan tiada orang nak kacau" , "ada sesiapa nak couple dengan saya? " . memang aku banned status macam ini. ada yang sampai aku hide semua status dia. status desperate tu semuanya sama. tak kisah pun kalau nak luah perasaan. tapi tak perlu lah ayat tu boleh mendatang rasa annoy pada manusia lain.

PENGGUNAAN BAHASA


(SUMBER)
Aku cukup tak suka bila orang naik status tapi aku tak faham langsung apa yang dia cuba sampaikan. puncanya penggunaan bahasa. aku tahu ramai blogger yang dah cakap pasal benda ini. please avoid bahasa 'mat rempit' (sini). kau tahu tak orang susah nak faham. apa salahnya kau taip bahasa melayu yang proper. i am not saying you are not allow to use any 'short form'. tapi guna la short form yang orang faham. tiada la nanti orang terkial-kial nak faham ayat kau tu.


UPDATE STATUS - LIKE DAN KOMEN
Aku juga suka naik status. most of my status datang daripada quotes yang aku rasa sesuai kalau aku kongsikan dengan member-member facebook aku. aku tak kisah orang nak 'like' ke tak nak. terpulang. tapi kadang-kadang aku pelik kenapa ada status dia cuma biasa je. setakat dia check in kat mana-mana tempat tapi yang 'like' lebih daripada 20 orang. berbanding pula status yang aku rasa mampu beri manfaat seperti post tentang keagamaan ke atau pun life and love quotes dapat hit yang sikit. sangat ketara. maaf, aku bukan jeles. aku cuma pelik. aku pernah issue benda ini kat Mr Ketot. dia cakap "Friends kau 2 3 ribu tapi yang like dan komen status kau tak sampai 100 orang pun." aku rasa ada betulnya. mungkin dia dapat like banyak macam itu sebab friends dia ramai. kan?

(SUMBER)

nak dapat 'like' and komen yang banyak 'like' dan komen status orang dulu. (Hana)
GAMBAR
(SUMBER)
aku tahu ini memang kegemaran sesiapa sahaja yang rasa diri dia tu gila tangkap gambar. aku tak kesah pun kalau kau nak tangkap gambar macam mana sekali pun. memang aku tak kisah. dulu facebook aku penuh dengar gambar budak-budak yang baru nak naik macam ini. lepas tu tag orang sana-sini. and suka sangat letak description "muka saya buruk" , " selekehnya muka aku" , "maaflah gambar kabur", " maaf gambar tak cantik" heh! aku tahu kau letak ayat-ayat macam ini sekadar nak perhatian daripada para facebookers untuk komen dan 'like' gambar kau. orang 'like' dan cakap kau comel atau cantik atau apa-apa ayat yang memuji hanya kerana mereka mahu terima kata-kata pujian yang sama daripada kau. itu realiti oke. bukan fakta semata. :)

please admit it.oh and, kau dah tahu gambar kau tu kabur dan tak cantik kenapa nak upload lagi? haih ' oh i just love attention'. huh. baiklah dik, akak tahu kau hot.* Dik, nanti kau dah umur baya-baya macam akak ni, dan masa itu kau akan nampak budak-budak bawah umur kau buat benda ini dan kau akan rasa annoying. macam itulah yang orang yang tengok gambar-gambar dengan description kau yang 'ala-ala' itu. 

INVITATION yang TAK BERAPA PANDAI
(SUMBER)
aku juga tahu kat facebook ni macam-macam game ada. tapi tak payah la nak send bagai game itu kat orang.sumpah aku tak suka gila invitation game yang ntah apa-apa kat facebook itu. sampai aku jadi geram kadang. bukan tak pernah cakap awal-awal jangan send invitation bangang macam itu. tapi masing-masing buat bodoh. aku tak main lah benda-benda itu semua. kalau aku nak main pandai-pandailah aku nak buka nanti. tapi tak payah invite-invite. aku block invitation yang ini datang pula invitation yang baru. haish!

FRIENDS & SUBSCRIBERS
Aku tahu lagi ramai kawan lagi bagus. tapi kalau kau nak kumpul ramai-ramai tapi kau tak bertegur sapa baik kau tak payah add dan juga tak payah approve friend request kau yang berlambak itu kan. buang masa je. siapa-siapa yang baru buka akaun facebook akan cari seramai kawan yang boleh. adik aku itu buka akaun facebook lambat sikit daripada aku. tapi friends dah beribu. mana taknya, anon pun dia approved juga. memang la friends kau banyak.

sekarang facebook dah ada public subscribers. maksudnya orang yang kau tak kenal pun boleh subscribe kau. dan dia juga akan update segala tentang kau. tapi benda ini memerlukan privacy setting. kalau kau on subscribers maknanya kau seakan tiada privacy lagi lah. dan segala friends request akan automatik jadi public subscribers korang.

SPAM & VIRUS
ini memang tak boleh blah. dan makin berleluasa dari hari ke hari. kadang-kadang aku takut nak tekan link-link yang ada kat Fb tu. yang paling latest aku dengar video lucah yang akan memaparkan muka korang sebagai pelakon utama. aduhai. macam-macam lah sekarang ini. lepas itu secara automatiknya dia akan post kat wall member-member yang lain. itu yang membuatkan aku berjaga-jaga kalau aku log in akaun aku. bahaya sekarang ini.

ini je yang aku dapat fikir sekarang ini. terasa ke? maaflah. please don't get me wrong. aku berkongsi pendapat je. aku pun ada terasa juga sikit-sikit. aku cuma nak cakap facebook ini laman sosial yang semakin bahaya kalau salah guna. guna lah elok-elok. tapi kalau kau masih nak mengamalkan "facebook aku,aku punya hal" lantak kau. tiada masalah. cuma janganlah tambah rasa menyampah kawan-kawan kau tu. sekian.

p/s : menghitung hari untuk menempuh alam praktikal. ^^.

yang benar
Azreen Amran

Wednesday, January 25, 2012

Nombor Berapa yang Melekat Pada Diri Anda?

salam
(SUMBER)

Setiap orang punya nombor dalam diri mereka yang melambangkan sifat semula jadi dalam diri mereka. nombor itu diperolehi daripada susunan tarikh lahir setiap seseorang. dan ada banyak cara untuk merungkainya. ada orang mampu membaca tingkah laku seseorang hanya sekadar contengan kiraan tarikh lahir di atas kertas. kawan aku dulu ada join bengkel tentang benda ini. and dia juga dibekal buku. aku tak ingatlah siapa speaker dia. tapi dia cakap memang seronok. 

malas nak cakap banyak jom kita buat kira - kira. ala simple je kot. bukan payah mana pon. setakat tambah-tambah semua nombor yang ada. sebagai contoh 24-12-1989 merupakan tarikh rasmi aku lahir kat dunia. jadi jom kira.

Step pertama : campurkan tarikh lahir korang. begini caranya. kita mula dari haribulan kemudian bulan dan akhir sekali tahun. jadi korang buat seperti gambar rajah kat bawah ni.

step kedua : hasilnya korang akan dapat seperti gambar di bawah ini. Jika nilai tambahan korang mendapat nilai lebih daripada 9 korang kena tambah dua nombor itu jadikan 1 nombor. sebagai contoh.untuk E + F biasanya akan dapat dua nombor. berpandukan tarikh lahir ini nilai untuk E ialah 1 manakala F ialah 9. jadi apabila korang tambahkan  korang akan dapat angka 10. jadikan 1 + 0 = 1. faham? aku harap korang faham.


step ketiga : untuk mengetahui nombor personaliti korang cari yang kedudukannya seperti dalam gambar rajah dibawah. nombor yang di highlight itu iaitu 6, 3 dan 9 merupakan nombor yang ada dapat akan beritahu personaliti korang. setiap orang akan mendapat nilai yang berbeza .


NOTE : Setiap orang akan mempunyai 3 kombinasi nombor untuk mengetahui personaliti diri sendiri.

Nombor 1

  • perfectionist
  • bijak tetapi pantang dicabar
  • optimistik
  • suka control orang lain
  • agresif
  • mampu menjadi pemimpin
  • keras kepala
  • sensitif
  • tidak kisah akan perasaan orang lain
Nombor 2
  • penyabar
  • mampu menjadi seorang pemimpin
  • melambangkan ketenangan
  • tidak suka pergaduhan
  • suka berdiplomatik
  • efficient
  • mempunya daya penarik
  • friendly
  • setia dan seorang understanding
  • sering keliru
  • tertekan
Nombor 3
  • aktif serta senang didekati
  • kreativiti yang tinggi
  • suka akan seni
  • versatile dan sentiasa mengikut perkembangan fesyen
  • bersemangat tinggi
  • fleksible dan berkarisma
  • happy go lucky
  • mampu menjadi pendorong kepada sesuatu
  • kurang sabar dan panas baran
  • ego sangat tinggi
  • kalau marah mulut laser
  • hangat-hangat tahi ayam
Nombor 4
  • rajin
  • memerlukan jaminan apabila membuat sesuatu kerja
  • setia
  • suka memfaktakan sesuatu
  • suka mengkaji
  • keras kepala
  • cemburu
  • kedekut
  • suka mempertikaikan sesuatu
Nombor 5
  • otak bisnes, bijak dan kreatif
  • mempunya daya pujuk
  • mudah bosan
  • adventure dan bertenanga
  • suka mencari peluang daripada orang lain
  • seorang yang khusyuk
  • cemburu 
  • tamak dan suka berkira
  • berangin
Nombor 6
  • suka kedamaian
  • tidak suka bertengkar
  • suka pada keadilan
  • hati mudah tersentuh 
  • mudah percaya akan orang lain
  • seorang yang mengambil berat
  • tidak kisah untuk berkongsi sesuatu dengan oang lain
  • cerewet
  • seorang yang pentingkan diri sendiri
Nombor 7
  • suka mengkaji
  • mudah percaya benda mistik
  • berani mencuba
  • Dare to be different
  • suka menggunakan perkataan simbolik seperti ahli falsafah
  • mempunya bakat kesenian yang tinggi
  • kurang keyakinan diri
  • sangat berkira
Nombor 8
  • suka tanggungjawab
  • berani
  • seorang yang memahami
  • mudah simpati
  • mampu jadi pemimpin
  • bercita-cita tinggi
  • keras kepala
  • gila kuasa
Nombor 9
  • have natural public relation skill
  • global view on something
  • baik hati
  • sangat pentingkan kawan-kawan
  • futuristik
  • sensetif
  • hati penuh dengan kasih sayang
  • bijak
  • mampu menjadi presenter yang baik
  • mempunyai seni
  • suka layan tension sendiri
  • self-pity
Ha dah tahu macam mana korang punya personaliti diri. by the way, guna nombor juga dapat melihat apa pekerjaan sesuai yang dengan diri kita dan macam-macam lagi. tapi itu untuk yang pandai guna kombinasi nombor untuk tarikh lahir ni lah. cuma satu pesanan jangan terlampau taksub takut nanti jadi benda lain pula. jadi selamat mencuba. :)

yang  benar,
Azreen Amran.

Saturday, January 21, 2012

There Were the Moment We'll always Remember. Always. :)

salam
(SUMBER)


Cukup seminggu aku duduk di rumah selepas berhempas pulas bermain dengan buku-buku dari yang nipis hingga yang paling tebal. menghabiskan dakwat pen di atas kertas. dan menghafal segala benda yang ada dalam text books. bukan tiada hint yang diberi tapi aku mengajar diri aku untuk tidak terlalu bergantung kepada hint. bahaya sangat.

Semua orang pernah mengalami zaman kanak-kanak yang orang sibuk kata masalah paling susah pada waktu itu  ialah memilih perasa aiskrim. Tapi masa zaman kanak-kanak, aku jarang makan aiskrim. seingat aku, aku tidak pernah memilih perasa aiskrim selain coklat. tetapi masalah paling susah waktu itu ialah nak mintak ayah beli pensil warna, crayon, magic pen. senang cerita susah nak minta la stationery baru. iyelah zaman aku dulu mana la ada duit sendiri nak beli benda-benda tu semua. semua kena refer kat ayah dulu. 

Mungkin kita berada disituasi yang sama. atau mengalami perkara yang sama. tidak pun bermain permainan yang sama. aku ini anak bekas tentera . jadi sedia maklumlah aku asyik bertukar sekolah saja. zaman tadika aku bermula di Kem Oya Sibu nun jauh di sana. then Stay JB for awhile. lepas tu moved ke Perlis. seterusnya ke Kem Sungai Besi dan akhir sekali JB semula. seronok aku pindah sekolah. 

aku masih ingat lagi beberapa benda yang aku rasa agak poyo bila aku ingat balik tapi seronok.

  • berangan nak jadi Power Rangers

(SUMBER)

Cerita Power Ranger memberi impak yang sangat besar masa umur aku lebih kurang aku 6-7 tahun. Cuma aku tak ingat Power Rangers yang mana satu. Oh dan juga aku sangat follow cerita Jetman. ala-ala Power Rangers juga cuma versi Jepun kalau tak silaplah. aku suka main kejar-kejar. permainan wajib bagi budak-budak. kawasan rumah aku ramai budak lelaki. jadi aku agak kasar sikit. kadang-kadang aku marah sebab asyik aku je kena kejar orang. Haha. benda macam itu pun mahu marah.LOL. 

bila aku marah aku akan menyorok kat belakang rumah dan konon-konon pandang jam kat tangan padahal takde jam pon dan bercakap dengan jam yang ala-ala lutsinar tu serta berdoa pada Tuhan supaya jadikan aku Power Rangers Pink waktu itu. Dan dan waktu itu juga aku macam dapat strength untuk kejar semua malaun-malaun poyo itu. hasilnya aku mampu angkat batu bata yang dah pecah dan mengunakan sekuat tenaga untuk mencampak batu bata itu kat budak-budak lelaki yang sibuk nak buli aku. mereka takut kot. HAHA. hebatkan aku. :)
  • Ada banyak tape Doraemon
(SUMBER)

Doraemon juga merupakan kartun yang wajib aku tengok. aku sangat suka Doraemon. Dulu ade video recorder. ala yang guna tape besar-besar tu. Tape die lebih kurang macam kaset atau dipanggil pita video. haa macam tu lah kot. mak aku akan beli pita video kosong dan akan rakam cerita doraemon itu. sudah tentulah banyak pita video doraemon aku ada. Mak aku pun jenis suka rakam cerita hindustan. Jadi selalu lah juga beli pita video kosong banyak-banyak.

Ada masa-masanya waktu petang aku tidak keluar bermain dengan kawan-kawan aku. jadi sudah tentulah aku menghabiskan masa tengok cerita doraemon yang emak aku dah rakam tu. lepas tu saja nak buka suara tv tu kuat-kuat. biar budak-budak itu dengar. nanti dorang mula sibuk tanya 'eh kau tengok cerita apa tu? Doraemon eh?' aku pun dengan bangga dan belagaknya jawab 'YA!' Saja nak jeleskan dorang. Tapi aku ni baik. aku ajak dorang juga tengok sama-sama. masing-masing masuk rumah aku ala-ala sopan gitu. ceh padahal budak lelaki terjal kot masing-masing.
  • Surat Cinta
(SUMBER)

Aku tahu ramai antara korang buat benda ini time sekolah. Aku start berbalas surat cinta ini masa aku sekolah kat KL dulu. paling tepat masa aku bersekolah agama kat sana. aku berkawan rapat dengan Siti. siti tu budak sekolah lain. tapi kat sekolah agama dia satu kelas dengan aku. Siti ini minat dengan seorang mamat ni, Mr M. Tapi mamat ni minat kat aku. haha. cinta 3 segi la kononnya kan. aku pun boleh dikirakan suka juga la Mr M ni. semua surat cinta yang dia bagi aku letak dalam kotak khas. fiuh romatikkan aku. haha.

Mr M tu tua setahun dari aku. kelas dia pula atas kelas aku. budak pandai la kot. entah macam mana satu hari itu siti cakap dengan aku yang Mr M ni bagi dia surat. Siti bagi aku baca. time itu aku rasanya macam poyo gila. Damn. mamat ni pasang dua la. butthurt. macam hampeh gila .hadoiyh! last surat aku dapat terus aku tak reply. sebab rasa macam kena tipu. time tu baru aku 11 tahun. tengok. aku baru 11 tahun dah ade experience cinta 3 segi tau. korang ada? :)
  • main tikam
(SUMBER)

ya aku tahu main tikam-tikam ni macam judi. tapi taip kecik-kecik mana fikir apa kan. duit yang perlu dikeluarkan hanya 20 sen walaupun time tu nilai 20 sebenarnya sangat besar bagi aku. Kedai yang jual tikam tu dekat je ngan sekolah agama aku. Jadi before sampai sekolah agama itu singgah la kedai itu kejap. tikam dulu kan pakai koyak-koyak kertas. kalau kena dia tulis la berapa ringgit kau dapat. tapi kalau tak dapat dia cuma cakap 'Thank You.' Kat keliling kedai tu pun bersepah gila dengan kad-kad tikam tu. Untung aku rasa tuan punya kedai itu.

Paling banyak aku pernah dapat RM3. perghhh cuba korang bayangkan RM3 tu besar bhai. 3 kali ganda dengan duit belanja aku waktu tu. Yelah dah dapat duit tu kan jadi tamak haloba la. aku beli lagi kad tikam tu. guna semua duit hasil RM3 tu. penyudahnya satu pun tak kena. takde 'Ong' langsung orang kata. membazir. on that time aku terus stop. dan itu last aku main tikam.

  • Rounders
(SUMBER)

Disebabkan aku anak tentera jadi rumah aku rumah quaters kerajaan je. memang ramai kawan lah. aku masih ingat aku dulu duduk kat Jalan Selangor, Kem Sungai Besi. dekat je dengan SKPTD. aku ni masa kecik-kecik dulu aktif la juga bergaul dengan budak-budak situ. permainan yang paling famous ialah rounders. hampir tiap-tiap petang kitorang main. budak-budak yang kitorang tak kenal akan duduk keliling kitorang dan hanya tengok je kitorang main.

Maksudnya budak yang memang bukan group kitorang, kitorang akan buat dono je. belagak sebab kawasan tu punya kitorang. dan sikit demi sikit kitorang terima ahli kumpulan baru. sehingga la aku pindah ke JB. Oh ya kitorang juga main galah panjang, konda kondi dan juga bola beracun. bola beracun paling seronok aku rasa. sebab bola itu akan dicelup dengan air longkang dulu baru kitorang baling kat musuh. oh tak lupa juga main susun selipar. Aku rasa macam seronok je semua permainan ni. Rugi betul budak zaman sekarang cuma tahu main angry bird je. hahah ;p


(SUMBER)
aku rasa itu je kot yang memori yang zaman kanak-kanak yang paling kuat melekat dalam ingatan aku. Seronok. Sumpah aku rindu gila zaman ni. untung betul kalau waktu itu mampu diberhentikan dan juga diputarkan ke masa yang lalu. :) korang ada cerita best time zaman kanak-kanak dulu? mestilah ada kan. :)

P/S Ketot nak pergi Terengganu malam ini. Risaunya.

Yang Benar
Azreen Amran

Friday, January 20, 2012

Kau Tak Akan Pernah Tahu Sehingga Kau Merasainya.

salam

Gambar sesaja letak sebab dia comel.
(Sumber)
Hari ini mendung. dan hujan.perkara yang terlintas di fikiran ialah tidak lain dan tidak bukan 'tidur'. jadi tidur aku dihiasi dengan bunyi alam semula jadi iaitu guruh berdentam dentum, katak sibuk panggil hujan dan juga hujan mencurah turun ke bumi. Nampak tak betapa lenanya kita tidur hanya ditemani bunyi-bunyi daripada alam semula jadi berbanding ditemani lagu-lagu yang entah apa-apa. Ciptaan Allah itu sememangnya indah kan.
Situasi 1
Aku : Eh Tot, awak makan ikan keli?
Tot: (senyum) Nope?
Aku : Kenapa?
Tot : Saya takut nak makan ikan tu. Sebab biasanya ikan itu kat longkang je.
Aku : .....

Situasi 2
Aku : Ikan keli la siot.
B : Ape you ni. you tahu tak itu ikan tu ikan longkang?
Aku : ....

Situasi 3
Aku : C, you makan ikan keli.
C : Tak.
Aku : Why?
C : Sebab ikan keli tak hensem.
Aku : (buat muka)

Situasi 4:
Aku : Ikan keli!
Emak : Eeeeeeuuuwww..
Aku : Sedap lah.
Emak : Euuuuwwww..

Dialog-dialog di atas merupakan dialog antara aku dan manusia yang tidak suka makan ikan keli. oh ruginya mereka. Aku dulu pun bukan penggemar ikan keli. I will say no to ikan keli. obviously say 'No!'. kenapa dulu aku tidak makan ikan keli :

  • influenced mainly by Emak
emak merupakan faktor utama kenapa aku tidak makan ikan keli. emak tak makan ikan keli sebab dia tahu ikan itu datang dari mana. dan emak juga sudah muak dengan ikan keli. emak tak suka keli sebab lendir ikan keli. jadi dia geli. hoish. ada la lagi ayat-ayat emak aku cuba menjauhkan aku dengan ikan keli.


  • Bentuk ikan keli itu sendiri
Kita sedia maklum bentuk ikan keli itu macam mana kan. muncung yang 'ala-ala gitu' (sebut dalam nada  gedik) membuatkan aku tak makan ikan keli pada mulanya. well said muka ikan keli itu memang menakutkan aku. dan menjuruskan aku untuk berfikir bahawa isi ikan keli mungkin tidak sesedap isi ikan lain. 


  • faktor kepelbagaian lauk lain boleh dipilih.
Itu benar. Masa belajar kat KL dulu aku duduk hostel. So makanan yang dijual di tepi-tepi jalan confirm ada ikan keli. berani jamin. Disebabkan banyak lagi lauk pauk lain selain keli jadi aku pilih la lauk yang lain-lain itu. selalunya ayam la yang jadi sasaran aku. dan aku memang tidak akan menjadikan keli sebagai lauk lunch aku and plus aku rasa ikan itu tak sedap. :)

Sumber

Jadi itulah antara faktor yang menyumbangkan aku untuk tidak memilih ikan keli. sehinggalah aku melanjutkan kat pelajaran aku kat UiTM Segamat. Ya Segamat. kawasan kampung yang sekarang sedang membangun dengan adanya mall baru and kerja-kerja naik taraf jalan kampung untuk menjadi higway Tangkak- Segamat. 

And as a degree level student aku memegang status NR (non Resident). So kos hidup itu memang confirm tinggilah kalau nak dibandingkan dengan student yang duduk dalam kampus. Well tinggi la juga kan walaupun Segamat itu bukan bandar besar macam JB or KL atau mana-mana bandar besar lah.

dan sejak itu juga lah aku menjinak-jinakkan diri dengan lauk ikan keli yang orang cakap ikan longkang la, muka buruk la kotor and whatsoever. I tasted it. hey, it doesn't taste bad at all! sumpah tak. dan aku rasa not bad rasanya. isi lembut gila! dan sejak itulah ikan keli menjadi menu wajib aku selain daripada ayam goreng. Disebabkan aku kurang berminat dengan lauk berkuah, ikan keli goreng berlada dan juga ayam goreng merupakan menu wajib aku. 

Moreover, lauk ikan keli juga lebih murah berbanding dengan lauk yang lain. Tersangat murah. Dan biasanya kalau aku makan jarang lebih rm5 untuk menu lunch aku. Murah kan. berbaloi-baloi. haha. Dan hari ini juga merupakan first time dalam sejarah rumah aku, emak masak ikan keli goreng berempah. Marvelous gila!. Itu pun setelah aku paksa ayah beli ikan keli. 3 lawan 1 for sure lah 1 kalah beb. kan. 

Makan makan juga. dan ikan keli mempunyai khasiatnya tersendiri. antaranya:

  • mengandungi protein yang tinggi.
  • juga kaya dengan omega - 3 yang jauh lebih tinggi daripada ikan-ikan laut. dan omega-3 ini memberi banyak faedah pada manusia.
    • mengurangkan risiko sakit jantung
    • meningkatkan sistem peredaran darah dalam badan
    • meningkatkan sistem penglihatan
    • mengurangkan peratusan bengkak pada sendi
    • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.
haaa nampak tak khasiat keli yang orang selalu panggil ikan buruk dan kotor ini. Sebab itu orang kata 'Never Judge a book only by its cover.' Dah la murah,sedap and plus banyak khasiat pulak tu. fiuh. tak rugi aku makan. hehe. Aku pun nasihat korang pergila makan ikan keli sebelum terlambat. Haha.


p/s : Rindu :)

Yang benar,
Azreen Amran